Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengenali, memahami, menghayati dan menghargai sepenuhnya sejarah negara kita agar dapat melahirkan generasi 1 Malaysia yang kuat. Dengan ini, kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari sejarah lalu untuk digunakan pada masa hadapan agar kesilapan lalu tidak berulang lagi.
Namun begitu, dewasa ini ramai generasi muda yang jahil mengenai sejarah negara, tidak mengenali pemimpin dan lupa pada warisan dan budaya sendiri. Akibatnya, semakin ramai yang tidak memiliki semangat jati diri yang kuat, memiliki jiwa yang kosong, lupa asal usul, tiada hala tuju dan kurang semangat cintakan negara.
Mengapa hal ini terjadi? Bukannya mereka tidak pernah mempelajari sejarah. Bahkan sejak di peringkat sekolah rendah, menengah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi sudah diajarkan matapelajaran sejarah. Apa kurangnya? Ya... seringkali para pelajar merungut, 'Bosannya belajar sejarah! Alangkah indahnya jika Kementerian Pelajaran tidak mewajibkan lulus bagi matapelajaran ini...' Para guru pula sudah pening memikirkan langkah berkesan bagi menarik minat pelajar mereka terhadap matapelajaran sejarah.
EMAS JAYA KREATIF ada penyelesaiannya. Produk carta pameran serta album bergambar tentang sejarah pasti dapat membantu para guru menyediakan bahan bantuan mengajar sejarah yang lebih berkesan bagi menarik minat para pelajar mempelajari matapelajaran sejarah. Produk ini juga boleh dijadikan sebagai bahan bacaan kepada para pelajar.
EMAS JAYA KREATIF adalah agen yang telah dilantik secara sah oleh Minda Creative Advertising untuk mengedar pelbagai koleksi carta pameran sejarah dan album bergambar tentang sejarah Malaysia. Koleksi carta pameran amat sesuai digunakan untuk pameran sejarah dan diletakkan di perpustakan atau sudut bacaan. Selain itu, koleksi album bergambar boleh dijadikan sebagai koleksi bacaan peribadi dan rujukan kerja kursus sejarah diperingkat rendah, menengah dan pengajian tinggi.
Ayuh, miliki sekarang Koleksi Carta Pameran serta Album Bergambar tentang Sejarah Malaysia!!!